Kanak-Kanak TP Pangsapuri Birchwood Court
Terima kasih kerana melayari blog ini.

Sunday, January 23, 2011

Disiplin



Disiplin diri adalah sebuah cara untuk membuat impian anda menjadi kenyataan. Disiplin diri juga adalah cara untuk mengubah kelemahan anda menjadi kekuatan. Tanpa disiplin, sekalipun anda tahu apa yang anda inginkan - anda tidak bisa mencapainya. Tanpa disiplin, sekalipun anda tahu apa yang TIDAK anda inginkan, anda tidak mampu menghindarinya.
Oleh yang demikian ,murid-murid tabika telah didedahkan kepada beberapa aspek disiplin yang dapat membantu mereka menjadi murid-murid yang cemerlang menerusi pembangunan sahsiah dan kemantapan akademik.

Cabaran Guru Tabika Perpaduan


Menghadapi anak-anak comel yang baru pada tahun ini. Meskipun telah bersama anak-anak kecil ini sejak tahun lepas, tetapi saban tahun guru tabika menghadapi karenah yang berbeza. Namun bak kata orang, "Alah bisa tegal biasa" alhamdulillah, ianya menjadi cabaran yang amat bermakna dan sekaligus menambah pengalaman dari hari ke hari. lantaran daripada itu, kecemerlangan sebagai pendidik akan berterusan.

Tahun 2011




Terima kasih kepada ibu bapa yang selama ini memberi kepercayaan kepada kami untuk membantu pendidikan awal anak-anak mereka dan kepercayaan inilah yang akan dijadikan inpirasi untuk memantapkan lagi Pembelajaran dan Pengajaran di tabika ini.

Kami juga mengalu-alukan kunjungan semua ke laman blog Tabika Perpaduan Pangsapuri Birchwood Court ini.. Segala maklumat yang kami paparkan diharap dapat memberikan infomasi yang lengkap mengenai tabika ini. Pihak tabika juga akan memberikan perkhidmatan terbaik kepada anak-anak pra sekolah dari seawal usia 5 tahun hingga 6 tahun. Dengan kurikulum yang mantap, pihak kami akan membuktikan keupayaan kami untuk membantu perkembangan awal kanak-kanak untuk persediaan ke alam persekolahan yang sebenar dengan keadaan yang sudah pandai membaca, menulis dan mengira.

AKTIVITI TAHUN 2010


Sekitar Aktiviti Semasa Perasmian Tabika Perpaduan Birchwood Court